Sunday, August 23, 2009

MALAYSIAKU MERDEKA


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Malaysia telah diistiharkan bebas daripada penjajahan dan penaklukan oleh kuasa-kuasa luar dan telah Merdeka pada tarikh 31 haribulan Ogos pada tahun 1957. Pada setiap tahun, Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ini dengan penuh meriah dan semangat.
Dengan itu, Malaysia akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan untuk kali yang ke-52 tahun pada tarikh 31 haribulan Ogos, tahun 2009 ini.

Negara Malaysia yang terkenal dengan perpaduan pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya kini hidup dalam keharmonian, bersatupadu, bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu dan yang lain. Ianya menyokong kepada konsep 1 Malaysia yang dilaksanakan oleh Yang Behormat Dato Seri Najib Tun Razak. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang majmuk, dimana, apabila tiba musim perayaan contohnya sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kaum Melayu yang beragama Islam, akan ada rakan-rakan lain yang berbangsa Cina dan India juga turut mengunjungi rumah rakan dan jiran yang berbangsa Melayu untuk bersama-sama merayakannya. Dengan keadaan ekonomi yang kukuh serta perpaduan kaum yang baik telah menjadi kunci utama kepada makna "Merdeka" ini. Seperti yang dapat kita lihat sekarang ini, Malaysia membangun dengan pesat dan berjaya setaraf dengan negara-negara maju lain. Saya sebagai rakyat Malaysia amat bersyukur dan berbangga menjadi warganegara Malaysia.

Sepanjang 47 tahun sambutan kemerdekaan di Malaysia, bendera Malaysia adalah digelar sebagai "bendera malaysia, sehinggalh sempena hari ulangtahun kemerdekaan kali ke-40 tahun, pengisytiharan nama Bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang telah dilakukan oleh Perdana Menteri kita pada masa itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1997, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Disebalik jalur gemilang, ianya mempunyai makna/maksud yang terkandung dinama bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Rujukan:

1 comment: