Tuesday, August 11, 2009

Keadilan Konsep 1 Malaysia kepada Semua









LOGO 1 MALAYSIA

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Berikut merupakan konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan konsep ini telahpun dilaksanakan. Konsep ini penting untuk difahami serta dipraktikkan oleh rakyat Malaysia sendiri kerana, seperti yang kita tahu, negara Malaysia ini mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan juga bahasa. Konsep ini dapat memberi contoh yang baik kepada negara-negara lain darisegi perpaduan rakyat yang bersatupadu walaupun berlainan bangsa dan agama. Konsep ini perlu dipraktikkan oleh pemimpin dan semua warganegara dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Jika dilihat didalam konsep 1 malaysia ini mengandungi lapan (8) nilai yang positif antaranya ialah:

1. * Budaya Berprestasi Tinggi
Nilai ini menekankan kepada budaya kecemerlangan yang menjuruskan kepada satu pengukuran kepada pencapaian kemajuan darisegi pencapaian prestasi terutama pendidikan.Sifat ini akan memastikan setiap perkara mahupun tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik dan efisien. Negara luar akan melihar Negara kita, Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan cemerlang dimata dunia darisegi pembangunan, ekonomi, masyarakatnya yang bersatupadu.

2. * Ketabahan
Nilai ketabahan ini amat penting kepada rakyat Malaysia dimana mereka perlu tekun dan sabar dalam perjuangan yang dilalui. Semangat berjuang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada dan diterpakan kepada setiap rakyat bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

3. * Kebijaksanaan
Nilai kebijaksanaan dan rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki oleh setiap masyarakat. Masyarakat Malaysia amat menghormati diantara satu sama lain dan berfikiran bjak.

4* Budaya Ilmu
Budaya ilmu menitikberatkan ilmu pengetahuan dimana tanpa ilmu, rakya t tidak akan maju. Ilmu pengetahuan penting kepada masyarakat untuk memjukan diri, masyarakat dan negara Malaysia ini. perkongsian ilmu pengetahuan daripada kaum Melayu, Cina,India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

5.* Kesetiaan
Nilai setia kepada negara Malaysia dan semangat cintakan negara membawa kepada ganjaran berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang ingin dilaksanakan. Nilai kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan sesuatu masyarakat.

6.* Budaya Inovasi
satu budaya yang baik dimana masyarakat berani berubah untuk kebaikan, bijak mencari penyelesaian kepada masalah yang wujud.

7.* Budaya Ketepatan
Rakyat Malaysia perlu maju demi mencapai status negara maju, dengan itu rakyat Malaysia perlu menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua
tugas dan kewajipan.

8.* Integriti
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

KESIMPULAN:

Kesimpulan keseluruhan daripada konsep 1 Malaysia ini adalah kaedah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kaum bagi rakyat Malaysia disamping dapat menjalin perpaduan yang lebih erat antara satu sama lain.Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak puas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.



RUJUKAN:
http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3284&Itemid=56&lang=bm

No comments:

Post a Comment