Wednesday, August 12, 2009

Program Train and Place Berbaloi?

Program "Train and Place" adalah secara percuma yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bertujuan untuk mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti Program Train and Place yang dilaksanakan bagi mempertingkat dan menjamin peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

Program ini terbuka kepada para pekerja yang diberhentikan, siswazah menganggur, dan belia yang mengganggur. Antara kebaikan atau kelebihan yang dapat dilihat daripada keseluruhan program ini ialah dapat memberi peluang kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan seperti objektif yang dinyatakan menerusi program ini. Disamping itu juga, mereka memperoleh ilmu dan kemahiran baru, seterusnya ditempatkan dengan majikan tertentu untuk bekerja. Secara ringkasnya pekerja akan mendapat pekerjaan selepas tamat latihan ini. Terdapat banyak kebaikan yang diperoleh daripada program seperti ini, dan tidak merugikan para peserta yang telah menyertainya. Segala ilmu, kemahiran yang telah dipelajari sepanjang berada di dalam program ini akan dapat dipraktikkan ketika bekerja nanti.

Kelemahan yang dapat dilihat daripada program ini ialah darisegi penyampai pengajaran dan pembelajaran (kuliah) semasa di dalam kelas. Berkemungkinan kelemahan berpunca daripada pihak pengurusan, tenaga-tenaga pengajar, masalah daripada peserta itu sendiri dimana, pelajar itu sendiri tidak berminat untuk mempelajari ilmu yang diberikan atau cara penyampaian pengajar itu tidak memuaskan.

Bagi memperbaiki kelemahan ini, program ini perlu mendapat sokongan dan sambutan daripada para peserta yang memilih untuk mengikuti program seperti ini, memperbaiki lagi tahap kualiti samada darisegi kehadiran peserta bagi mengikuti kelas yang disediakan. Pihak pengurusan perlu tegas terhadap peserta. Jika terdapat masalah daripada peserta, pihak pengurusan perlu menyediakan khidmat kaunseling kepada peserta yang bermasalah disamping cuba mencari langkah penyelesaian.

Pendapat saya, program seperti ini adalah berbaloi dilaksanakan dan ianya wajar diteruskan dimasa akan datang. Kerajaan juga telah berusaha untuk membantu dalam mengurangkan jumlah pengganggur. Dengan adanya faedah, kemudahan serta peruntukkan yang disediakan kepada peserta, sedikit sebanyak akan dapat menbantu para peserta. Ini kerana, diri saya sendiri kini sedang mengikuti program ini dan saya dapati ianya dapat memberi saya pengalaman baru dan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dikalangan rakan-rakan peserta.

Maklumat lanjut boleh didapati dilaman:
http://www.jobsmalaysia.gov.my/

No comments:

Post a Comment